+603-7805 2495         info@emzedtravel.com         Lokasi Kami

Pakej Ikan Dolphin 4H 3M

Hari

Butiran

Hidangan

01

Ketibaan di Bali dan Lawatan Bahagian Utara di Bali.
Ketibaan pada waktu pagi atau tengahari di Ngurah Rai International Airport, Bali. Anda akan disambut dengan wakil kami. Perjalanan anda akan diteruskan dengan lawatan ke Taman Ayun Temple- kuil yang kedua terbesar di Bali, Candi Kuning Fruit & Vegetable Traditional Market dan makan tengahari di restoran tempatan di Bedugul Cool Mountain Area. Perjalanan diteruskan Lovina – kawasan utara Bali. Makan malam di restoran tempatan dan mendaftar masuk hotel di Lovie Beach Area.

Makan Tengahari disediakan.
Makan Malam disediakan


02

Lawatan Dolphin dan Bedugul – Tanah Lot
Bangun diawal pagi untuk menaiki Bot Tradisi bagi menyaksikan dan nikmati saat pengalaman memberi makanan kepada Dolphin di laut terbuka. Kembali ke hotel untuk bersarapan. Anda akan mempunyai waktu bebas sehingga masa daftar keluar hotel. Kembali ke Kuta untuk melawat Ulundanu , Kuil tasik dan nikmati saat makan tengahari di restoran tempatan. Lawatan sepanjang perjalanan dengan melawat Alas Kedaton – hutan monyet dan Tanah Lot Temple, tempat yang berbaik untuk menyaksikan matahari terbenam. Makan malam di restoran tempatan. Anda akan menginap di hotel di Kuta / Legian Area.

Sarapan disediakan
Makan Tengahari disediakan.
Makan Malam disediakan


03

Tarian Barong – Lawatan Gunung Berapi Kintamani dan Ubud
Sarapan pagi di Hotel. Pada waktu pagi, perjalanan ke Batubulan untuk menyaksikan Tarian Barong, seekor naga yang seperti binatang suci berlawan menentang ahli sihir jahat Rangda. Sesi membeli belah di Galuh Art Shop, Celuk dan Mas (Center of Wood and Silver). Makan tengahari di kawasan Kintamani bersama Tasik dan Gunung Batur. Sesi selepas makan tengahari ialah lawatan ke Tampak Siring, satu tempat yang popular dengan air Holy Springs. Pada waktu petang, perjalanan kembali ke Ubud dan melawat ke kawasan Sukowati Tradition Market. Makan malam di Jinbaran Beach dengan menu makanan laut. Kembali ke hotel dengan aktiviti bebas.

Sarapan disediakan
Makan Tengahari disediakan.
Makan Malam disediakan


04

Perjalanan Pulang.
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sehingga daftar keluar hotel pada jam 12. Anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan berikutnya. Sesi lawatan tamat.

Sarapan disediakan.

Rakan Kami

bersama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti pelancongan di serata dunia.
air_asia.pngemirates.pnggaruda_indonesia.pngkorean_air.pngmalaysia_airlines.pngonetwogo_airlines-01.png

Hubungi Kami

  • J-13-1, Jalan ss 6/16, Dataran Glomac,47301 Petaling Jaya, Selangor.
  • Tel : (+603) 7805  2495 / 4403
  • Faks : (+603) 7804  3849 
  • Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Web : www.emzedtravel.com